The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. ~Mark Twain



Sunday, December 27, 2009

Tactile Writtng

28th Dec. 2009, was the 1st day for kuliyyah 'Aplication of Braille in Quranic and Sunnah Studies'. The class was be held at DKP 2. The total amount of students are 267 pupils, consist of QS, QM, and SPM students'. Most of them I had experience teaching them. For the 1st lectuter I gave the brief explanation on course outline, and the Introduction for the Course. I tough the student 10 types of tactile writting used for the blind in history. Among those tactile writting are: Amboss Roman Style, Moon system, Gall, Lucas, New York Point, etc. For each styles of tactile writting, I explain the history of invention, difficulties, ang sample of image.

Tuesday, December 8, 2009

PPK USIM 09

Subhanallah....(disertai keluhan kecil)

Hormon Adrenalin telah turun ke paras normal. Begitulah yang akan dilalui setiap manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang membimbangkan dan mencemaskan. Baru satu penilaian dilepasi, iaitu pengucapan awam. Jam 2.30 sekali lagi horman adrenalinku akan naik, ibarat doktor yang memeriksa tekanan darah pesakit, kejap naik, turun, naik lagi. Pagi tadi jam 9.30 pagi bermulalah PPK. Al hamdulillah diberi kesempatan untuk menduduki PPK pada penghhujung tahun 2009, just after 4 month confirm jawatan. PPK merupakan syarat bagi kenaikan pangkat ke DS 52. Pada awalnya tidak merancang itu semua, tetapi apabila dikhabarkan oleh seorang sahabat seperjuangan tentang pembukan permohonan menduduki PPK, lantas terus borang permohonan diisi. Hari ini bermulalah penilaian. Secara umumnya, ada 6 akategori penilaian, 1- pengucapan umum secara individu, group presentataion, mock teaching, presentation skt, assignment , dan examination.

Masih jelas terbayang difikiran jawapan Prof Zul (UM), ketika beliau disoal, "bagaimana perancangan prof agar dapat sampai ke tahap ini (professor)?". Jawapan beliau cukup tawadduk, dan itulah cara yang harus dii`timad oleh setiap akademician. "Saya tidak pernah merancang ini semua. Saya hanya melakukan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin, selebihnya hanya rezki dari Allah SWT." Jika setiap kakitangan perkhidmatan awam berfikiran seperti beliau, tidak akan ada istilah, kedunian, mengejar pangkat, dan materialistik. Tidak akan timbul perasaan hasad dengki, persaingan yang negatif, cemburu, kawan makan kawan, stess dll. Maka akan lahirlah dalam satu- satu organisasi itu environment yang harmoni, tolong menolong, bekerjasama, pemurah, tempat kerjaku syurgaku, berkongsi susah senang dalam kerjaya, dan banyak lagi faedah lain yang akan dikecapi. Seterusnya akan mengalirlah perasaan 'peace' tadi ke rumah, rasa aman tiada stess. Itulah peganganku dalam kerjaya ini. Laksanakan tanggungjawab dan amanah yang Ketua berikan sebaik mungkin, ambil peluang yang ada depan mata, bukn ambil kesempatan, tawakkal dan berdoa agar dimurahkan rezki dan dijauhi dari fitnah dunia. Ameen... ALLAHUMMA YASSIRLANA UMURANA, WARAZAQNA REZQAN TOYYIBAN.


Thursday, August 6, 2009

Herbalife

Setelah hampir 2 botol F1, kini beratku 58.4kg, less 3 kg b4 take Herbalife. Ia menginsafkan akan tabiat makan dan kegagalan mengawal nafsu. Kini pengambilan pemakanan lebih seimbang disertakan dengan pengambilan air kosong 3-4 liter/ day. Kini lebih energetik.

Tuesday, June 16, 2009

Sambil Menyelam Minum Air

Baru- baru ni, aku telah pergi ke JB & KB bagi mjlnkan penyelian LAI. Apa lagi, ambil peluang cuti2 Msia, lagi pula sdg cuti sekolah. Sambiltu sempat ziarah saudara mara. Di JB ddk umah Kak Inah, pokok pauh di luar pagar yang tlh besar menandakan sudah lama kami tdk ke JB. Alhamdulillah, Kak Inah ku lihat semakin teruja mendalami ilmu Islam, mungkin terasa rugi, setelah hampir 42 tahun menyibukkan diri dgn alam kedoktoran, dan urusan dunia. Bagiku kerjaya sebagai doktor yang meruntun masa sehingga adakalanya anak- anak menagih perhatian ibu- bapa, namun jika dilakukan dgn ikhlas & niat lillahi taala, di ctu ada ganjarannya. Cuma soal anak- anak, adakalanya ibu- bapa terpaksa berkompromi dgn urusan kerja. Aku berpegang pada prinsip kids firts!Kak Inah ambil cuti rehat tanpa gaji setahun, sambil menulis buku berkenaan dgn kesihatan kulit. Kak Inah ajak aku join, tahkikkan dalil2 yang digunakan. di Kb kami sempat ziarah Nek Jenab, di Peringat TV 3. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merapatkan silaturrahim saudara yg jauh. Pesan Kak Inah bila kita jaga silaturrahim, rezeki akan bertambah. Ini merupakan minggu pertama suamiku mengajar di Putrajaya 9(2), abg macam biasa nampak cool, namun aku tahu jauh di sudut hati, nurvous. Untuk mengadaptasi dgn suasana baru , siapa x kekok? Tapi aku yakin dia pasti suka & bersyukur dapat dipindahkan ke Putrajaya, walaupun peluang pindah ke Nilai ada. Kerana kamii lihat di sana abg akan dapat melebarkan sayapnya & terbang tinggi lagi.

Wednesday, May 20, 2009

Bermulanya Kehidupan

Hari ini, hari pertama aku meletakkan anak- anak bawah jagaan orang asing (pembantu rumah). Maka bermulalah kehidupan sebuah rumah tangga, tanpa monitor dari keluarga. Jika sebelum ini aku banyak bergantung pada keluarga dalam menguruskan anak- anak. Sudah sampai masanya kami berdikari membesarkan anak- anak mengikut acuan kami sendiri. Ya Rabb bantulah dan peliharalah keluargaku dalam melayari bahtera kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t. yang sentiasa mencari redha- Mu.