The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. ~Mark Twain



Tuesday, June 16, 2009

Sambil Menyelam Minum Air

Baru- baru ni, aku telah pergi ke JB & KB bagi mjlnkan penyelian LAI. Apa lagi, ambil peluang cuti2 Msia, lagi pula sdg cuti sekolah. Sambiltu sempat ziarah saudara mara. Di JB ddk umah Kak Inah, pokok pauh di luar pagar yang tlh besar menandakan sudah lama kami tdk ke JB. Alhamdulillah, Kak Inah ku lihat semakin teruja mendalami ilmu Islam, mungkin terasa rugi, setelah hampir 42 tahun menyibukkan diri dgn alam kedoktoran, dan urusan dunia. Bagiku kerjaya sebagai doktor yang meruntun masa sehingga adakalanya anak- anak menagih perhatian ibu- bapa, namun jika dilakukan dgn ikhlas & niat lillahi taala, di ctu ada ganjarannya. Cuma soal anak- anak, adakalanya ibu- bapa terpaksa berkompromi dgn urusan kerja. Aku berpegang pada prinsip kids firts!Kak Inah ambil cuti rehat tanpa gaji setahun, sambil menulis buku berkenaan dgn kesihatan kulit. Kak Inah ajak aku join, tahkikkan dalil2 yang digunakan. di Kb kami sempat ziarah Nek Jenab, di Peringat TV 3. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merapatkan silaturrahim saudara yg jauh. Pesan Kak Inah bila kita jaga silaturrahim, rezeki akan bertambah. Ini merupakan minggu pertama suamiku mengajar di Putrajaya 9(2), abg macam biasa nampak cool, namun aku tahu jauh di sudut hati, nurvous. Untuk mengadaptasi dgn suasana baru , siapa x kekok? Tapi aku yakin dia pasti suka & bersyukur dapat dipindahkan ke Putrajaya, walaupun peluang pindah ke Nilai ada. Kerana kamii lihat di sana abg akan dapat melebarkan sayapnya & terbang tinggi lagi.

No comments:

Post a Comment