The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. ~Mark Twain



Tuesday, December 8, 2009

PPK USIM 09

Subhanallah....(disertai keluhan kecil)

Hormon Adrenalin telah turun ke paras normal. Begitulah yang akan dilalui setiap manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang membimbangkan dan mencemaskan. Baru satu penilaian dilepasi, iaitu pengucapan awam. Jam 2.30 sekali lagi horman adrenalinku akan naik, ibarat doktor yang memeriksa tekanan darah pesakit, kejap naik, turun, naik lagi. Pagi tadi jam 9.30 pagi bermulalah PPK. Al hamdulillah diberi kesempatan untuk menduduki PPK pada penghhujung tahun 2009, just after 4 month confirm jawatan. PPK merupakan syarat bagi kenaikan pangkat ke DS 52. Pada awalnya tidak merancang itu semua, tetapi apabila dikhabarkan oleh seorang sahabat seperjuangan tentang pembukan permohonan menduduki PPK, lantas terus borang permohonan diisi. Hari ini bermulalah penilaian. Secara umumnya, ada 6 akategori penilaian, 1- pengucapan umum secara individu, group presentataion, mock teaching, presentation skt, assignment , dan examination.

Masih jelas terbayang difikiran jawapan Prof Zul (UM), ketika beliau disoal, "bagaimana perancangan prof agar dapat sampai ke tahap ini (professor)?". Jawapan beliau cukup tawadduk, dan itulah cara yang harus dii`timad oleh setiap akademician. "Saya tidak pernah merancang ini semua. Saya hanya melakukan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin, selebihnya hanya rezki dari Allah SWT." Jika setiap kakitangan perkhidmatan awam berfikiran seperti beliau, tidak akan ada istilah, kedunian, mengejar pangkat, dan materialistik. Tidak akan timbul perasaan hasad dengki, persaingan yang negatif, cemburu, kawan makan kawan, stess dll. Maka akan lahirlah dalam satu- satu organisasi itu environment yang harmoni, tolong menolong, bekerjasama, pemurah, tempat kerjaku syurgaku, berkongsi susah senang dalam kerjaya, dan banyak lagi faedah lain yang akan dikecapi. Seterusnya akan mengalirlah perasaan 'peace' tadi ke rumah, rasa aman tiada stess. Itulah peganganku dalam kerjaya ini. Laksanakan tanggungjawab dan amanah yang Ketua berikan sebaik mungkin, ambil peluang yang ada depan mata, bukn ambil kesempatan, tawakkal dan berdoa agar dimurahkan rezki dan dijauhi dari fitnah dunia. Ameen... ALLAHUMMA YASSIRLANA UMURANA, WARAZAQNA REZQAN TOYYIBAN.


No comments:

Post a Comment